16 November 2010

Aidilfitri dan Syaitan

Soalan saya kepada sesiapa arif:

Assalammualaikum ustaz,

Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidiladha.

Persoalan yang ingin saya kemukakan disini mungkin agak besar bagi sesetengah orang atau mungkin hanya perkara kecil bagi kebanyakkan orang dan mungkin juga hanya jadi bahan gurauan bagi orang-orang yang jahil.

Ianya adalah berkenaan hari raya aidilfitri. Sejak dari kecil lagi saya telah diajar samada dirumah atau disekolah berkenaan syaitan dan iblis yang akan dibelenggu sepanjang bulan ramadhan. Jadi disini saya amat-amat berharap ustaz dapat menjawab persoalan yang bermain-main diminda saya. Soalan-soalannya adalah:

1. Bilakah waktu yang sebenar syaitan dan iblis dibelenggu?

2. Siapakah yang menangkap syaitan dan iblis ini?

3. Dimanakah syaitan dan iblis ini dibelenggu?

4. Bilakah waktu yang sebenar syaitan dan iblis dilepaskan kembali?

Soalan ke-5 pula saya perlu mengulas sedikit soalannya, kerana ianya paling penting bagi diri saya. Soalan ke-5 ini juga ada berkaitan dengan soalan no 4. Bilakah waktu sebenar syaitan dan iblis dilepaskan? Adakah pada waktu berbuka puasa terakhir atau pada waktu sembahyang raya? Bila pula berbuka puasa terakhir dan bila pula waktu sembahyang raya? Adakah waktu berbuka puasa/sembahyang raya di Malaysia atau waktu berbuka puasa/sembahyang raya di Arab Saudi, tempat lahirnya Islam dan tempat arah kiblat seluruh umat islam?

Adakah syaitan di Arab Saudi dilepaskan lebih awal dari syaitan di Malaysia? Ianya agak mengelirukan untuk difikirkan. Kerana, dari kesimpulan yang dapat saya rumuskan sendiri, ianya menunjukkan umat islam tidak bersatu padu. Nak sambut hari raya pun tak sehati. Bagaimana nak "membangun" dan memelihara kesucian islam jika kita tidak bersatu dalam perkara yang paling penting. Mohon ustaz dapat mencarikan saya jawapannya. Sebab saya risau jika anak saya bertanya "...Ayah, kalau Arab Saudi raya awal. Maknanya, syaitan kat arab bebas awal laa kan yah?...".

Sekian, wassalam.

Hmmm... ada sesiap yang boleh tolong jawab tak?