29 October 2010

Amazing Race Asia Season 4 Winner Revealed!

Huhuhu... demam The Amazing Race Asia (TARA) sekarang sedang melanda.... season 4 pada kali ini menyaksikan 2 pasukan dari malaysia (satu dah terkeluar...) beradu kekuatan dan kebijaksanaan dengan pasukan-pasukan dari india, indonesia, singapore, philippine dan hong kong. Jika kita lihat turutan sejarah TARA dari season 1 hingga season 3, kita dapat kesimpulan bahawa pasukan malaysia semakin menurun dimana pada season 1 - nombor 1, season 2 - nombor 2 dan season 3 - nombor 3. Adakah pada season kali ini pasukan dari malaysia akan dapat nombor 4? Berdasarkan pengamatan rambang, 6 pasukan yang tinggal sehingga 28 Okt 2010, hanya pasukan dari indonesia (hussein dan natasha) sahaja yang mungkin dianggap lemah, manakala pasukan yang dianggap paling hebat musim ini adalah pasukan dari philippine (richard & richard). Namun sebagai rakyat malaysia, saya masih optimis yang pasukan dari malaysia (ethan & khairie) akan menang pada kali ini, walaupun sok sek sok sek berita angin mengatakan negara yang tidak pernah menang sebelum ini, akan memenangi TARA Season 4 ini. Siapa yaa? tunguuuuuu....