02 September 2010

Akhir Zaman

Salam sejahtera,



Pejam celik, pejam celik, tinggal seminggu lagi kita nak beraya. Cepat betul masa berlalu. Yer laaa, kenapa cepat betul masa berlalu. Aku rasa macam baru jer aku balik kampung minggu pertama puasa tempoh hari. Tengah minggu depan nak balik untk beraya pulak. Hari ni sembahyang jumaat masih lagi berpuasa, minggu depan sembahyang jumaat dah habis puasa. Aku pernah dengar orang kata, akhir zaman nanti masa akan berlalu dengan sangat pantas. Kerja tak ingat dunia sampai kita tak sedar pun hari dah malam. Ada sesetengah orang tak sedar hari dah siang. Yang keluar dari mulut diorang, ehh.. laa.. dah bla.. bla.. rupanya. Ingatkan baru bla.. bla.. . Akhir zaman....


Aku masih teringat seorang sahabat aku yang merupakan orang yang 'terpelajar' dalam bab agama. Tengah dok syok sembang-sembang, dia bercerita pasal akhir zaman nanti umat islam akan terpecah kepada 73 golongan (aku ingat-ingat lupa laaa). Tapi hanya satu golongan saja yang akan masuk syurga. Dia kata lagi, jadi kita kena yakin bahawa kita adalah golongan yang akan masuk syurga. Tergamam aku mendengarnya. Yelah. ini bukan pasal golongan murtad atau golongan syirik. Tapi golongan-golongan yang terpecah dari pelbagai ulama-ulama terdahulu. Masing-masing yakin yang mereka adalah golongan yang akan masuk ke syurga. Akhir zaman ni, siapa yang boleh menentukan golongan mana yang benar? atau siapa yang boleh menyatukan semua golongan ini? Pada pandangan aku, tiada siapa yang mampu. Kecuali Imam Mahdi dan Nabi Isa. Tapi bila pulak mereka ini akan turun? Wallahualam...


Akhir zaman ni, semua orang sibuk dengan urusan dunia. Takde masa dah nak pikir samada kita ni golongan yang bertuah yang akan masuk ke syurga. Sampai ada yang berkata, elehh.. kita ni kan orang islam, kalau masuk neraka pun, dah habis kena seksa masuk laa syurga. Betul ker? Kalau betul, aku pun tak kisah. Jadi orang terakhir masuk syurga pun aku nak. Asalkan dapat masuk syurga akhirnya. Tapi takut-takut nanti, kita akan masuk neraka buat selama-lamanya. Hah! macam mana? Masa tu memang takde sape dah nak tolong kita. Kecut perut bila difikirkan....


Sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, urusan akhirat dilupa jangan. Sembahyang 5 waktu jangan laa tinggal. Kalau boleh, lepas sembahyang, kita panjangkan doa kepada Allah agar kita tidak tertinggal sembahyang 5 waktu. Sebab akhir zaman ni mana ada masa untuk kita sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih atau berwirid sepanjang malam. Siang kita dah kerja teruk. Tekanan dan kepenatan betul-betul membuat kita lesu. Jadi mohonlah pada Allah agar kita tidak tertinggal untuk menunaikan yang wajib ditunaikan. Yang sunat tu, ada masa baru laa kita buat. Tapi kalau kita mampu buat, lagi laaa bagusss. Yelah, kan nabi dah pesan, cari rezki laaa kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadah laa kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari...


Bila cakap pasal rezeki ni, aku punyer plan untuk buat side income masih belum berjalan. Tapi malam tadi aku ada bincang dengan wife. Dia memang dah mula lama. Wife aku ada jual baju, kuih raya dan tudung. Jadi aku plan nak masukkan gambar-gambar tudung yang dia jual kat dalam blog aku. Kot-kot laa ada sape yang berminat bule laa beli. Moga-moga ianya akan jadi satu titik mula buat aku untuk berniaga... insya'allah

01 September 2010

Akhirnya


Salam sejahtera kepada semua,

Pelik, hairan, rasa nak ketawa pun ada. Akhirnya aku buka juga satu blog setelah sekian lama perasaan ingin memiliki blog aku pendamkan dalam hati. Sebenarnya aku sendiri tak faham, apa sebenarnya tujuan blog ini dicipta. Apa yang aku faham, blog ni adalah sebagai satu bentuk digital diary kepada seseorang individu. Sebab dari pemerhatian aku, semua blogger's akan menceritakan apa saja yang mereka suka terutama tentang kehidupan yang mereka tempuhi atau apa yang dilihat dan didengari. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku tengok ada yang buat blog semata-mata nak kenakan orang lain atau nak hentam orang lain. Terutamanya politician blogger's dan pengikut-pengikut mereka. Ada saja isu yang nak diketengahkan, ada saja isu yang boleh dibuat rencah hentam menghentam dan kutuk mengutuk. Sampai aku dah rasa muak baca blog-blog orang politik, pengikut-pengikut mereka serta yang sewaktu dengannya.


Secara jujurnya, aku buka blog ni sebab aku nak cuba sesuatu. Aku ada terbaca yang para blogger mencari side income melalui blog mereka. Jadi, aku rasa aku pun ingin mencuba mencari side income melalui blog. Harap-harap ada yang sudi membantu memberikan idea, pandangan atau mungkin cara-cara membuat duit dengan blog. Aku dah cuba macam-macam cara untuk cari side income. MLM, jual barang, pelaburan sana sini, masuk skim situ sini dan terbaru forex. Tapi semuanya gagal. Duit gaji lepas bayar hutang tinggal dalam seratus dua. Kena time emergency, memang negativ laa duit gaji aku. Letih dah rasanya nak cari duit tambahan.


Bukan aku tak bersyukur dengan rezeki yang telah Allah beri, tapi aku pun nak bawa isteri dan anak-anak aku pergi melancong. Aku pun nak bawa keluarga aku pergi buat umrah tiap-tiap tahun. Aku pun teringin nak hadiahkan mak dan abah aku kereta baru. Aku pun teringin nak membebaskan diri aku ini dari dibelenggu hutang yang membebankan ni. Tapi, aku bukan pandai meniaga. Dari kecik sampai dah ada anak, mana pernah aku berniaga. Memang betul nabi kata cara paling cepat nak jadi kaya adalah berniaga, tapi masalahnya aku tak pandai berniaga. Kalau aku berniaga, silap haribulan bungkus. Dah ler hutang banyak, sudahnyer BNM ishtihar aku bankrap. Naya jer.


Keja dengan gomen ni, macam ni la. Kata orang, hidup senang bole tapi nak jadi kaya memang tak boleh. Itu pun kalau hutang tak banyak. Kalau hutang banyak, makan tanah laaa. Kata orang, tu laaa sapa suruh berhutang, ikutkan nafsu sangat, kan dah susah. Betul la tu. Aku mengaku ada join skim tak brape cepat kaya. Skim ni selamat pasal berdaftar bawah SSM. Tapi bila dah kurang income, skim ni pun dah tak mampu bayar duit para pelabur. Hampeh. Jadi, sebab itu aku nak cari duit tambahan. Kalau tak sampai kaya, paling tidak pun hutang aku semua habis dibayar.


Boleh ke buat duit dengan blog? Entah laa... harap-harap boleh.

p/s: Gambar di atas adalah pemandangan dari kg aku.... just to share